About us
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Pada permulaannya, produk DD NEZ perfume ini dilancarkan dengan hanya 5,000 botol tetapi disebabkan kualiti aroma yang di miliki oleh DD NEZ sangat disukai kerana memiliki ciri-ciri aroma antarabangsa, produk mesra wuduk serta kesungguhan keluarga DD NEZ mempromosikan produk ini menyebabkan permintaan terus meningkat. Tambahan pula dengan memiliki kualiti yang tinggi tetapi harganya jauh lebih rendah berbanding produk antarabangsa.
Disamping itu juga, produk ini telah dinobatkan sebagai produk sulung NEZ HOLDINGS (M) SDN. BHD. sebagai produk pertama yang menyumbang bagi setiap botol pembelian, secara tidak langsung keluarga DD NEZ serta pembeli terus menderma. Setiap kebajikan akan dilaksanakan secara agihan bersama NGO-NGO dan akan di muatnaik ke website. Kami DD NEZ berikrar akan terus membantu golongan yang memerlukan bantuan tidak kira masa dan tempat, seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat Ibn Majah (2417)
Visi
Perintis dalam bidang produk wangian berjenama eksklusif dan premium serta berkualiti tinggi dengan harga yang kompetetif serta mampu milik
Misi
Mendidik dan melahirkan 300 agen berani berniaga dalam bidang wangian menjelang 2025
Objektif
- Membuka peluang kepada golongan sederhana mendapatkan wangian antarabangsa dengan jenama eksklusif dan premium dengan harga yang kompetetif serta mampu milik.
- Memastikan setiap wangian yang dikeluarkan mengikut trend semasa,tahan lama serta mesra solat.
- Menerapkan unsur-unsur sedekah dalam perniagaan dengan menginfaqkan sebahagian hasil jualan setiap bulan kepada mereka yang memerlukan.
- Membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan muda yang berminat dalam perniagaan